ASSALAMUALAIKUM WELCOME TO MY BLOG :-)

Tuesday 23 September 2014

Pengalaman membuat kerja kursus

        Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Kemahiran Belajar (GKB 1053) ini dengan jayanya. Dengan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Pn. Azizah Binti Hj. Abdul Samad., selaku Pensyarah Kemahiran Belajar (GKB 1053) kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya atas budi bicara beliau dalam member tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

      Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat banyak pengalaman pahit dan manis yang saya perolehi. Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki membuat dua tugasan. Tugasan pertama adalah membuat pembentangan mengikut topic masing-masing. Tugasan ini perlu dilakukan dalam kumpulan. Tugasan ini dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 ahli. Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan dalam menghasilkan sebuah “slide share”. Antara ahli kumpulan saya ialah Nur Fatin Aqilah Binti Mohd Takri dan Nur Shaiera Binti Hassan . Tajuk yang saya perolehi ialah Kemahiran Membuat Nota dan Membuat Nota. Tugasan ini adalah sedikit sukar bagi saya kerana saya tidak seberapa memahami tajuk ini tambahan pula, saya merupakan pelajar baru second intake. Jadi saya banyak ketinggalan berbanding pelajar first intake yang telah mempelajari banyak tajuk dalam subjek Kemahiran Belajar. Memandangkan saya pelajar baru, ahli kumpulan saya memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara menyediakan bahan pembentangan. Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya, bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk membuatnya. Pada mulanya saya berasa kerja kursus ini sangat berat untuk disiapkan kerana ia memerlukan kepakaran ICT yang tinggi.

       Namun begitu, dengan bimbingan pensyarah GKB 1053 iaitu Pn. Azizah Binti Haji Abdul Samad, sedikit demi sedikit saya dapat menimba ilmu tentang bidang ICT. Bimbingan yang diberi oleh pensyarah dalam setiap kelas banyak membantu dalam menghasilkan tugasan yang baik. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pensyarah telah mengajar kami sekelas, cara membuat slide master dengan menggunakan powerpoint. Dengan pengetahuan serba sedikit tentang menghasilkan powerpoint.

      Setelah selesai tugasan pembentangan, kami diberikan tugasan yang kedua iaitu tugasan menghasilkan blog. Tugasan ini merupakan tugasan individu. Kami perlu menghasilkan sebuah blog yang menarik. Tugasan kedua ini juga amat sukar bagi saya kerana seumur hidup saya, saya tidak pernah membuat sebuah blog ataupun membuka mana-mana blog yang ada dalam laman sesawang. Oleh kerana saya tidak pernah membuat blog dan tidak mempunyai sedikit ilmu pun untuk menghasilkan blog ini namun saya cuba untuk belajar satu persatu tentang cara menghasilkan blog ini. Saya juga banyak belajar daripada kawan-kawan tentang cara menghias blog agar nampak lebih menarik. Tugasan ini banyak melibatkan proses yang pelbagai yang agak mengelirukan. Oleh yang demikian, saya telah meminta bantuan daripada kawan-kawan saya. Pada permulaannya tugasan menghasilkan blog ini agak sukar bagi saya tetapi setelah saya belajar daripada kawan-kawan baru saya tahu rupanya menghasilkan sebuah blog ini agak mudah, yang penting kita mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk menghasilkan sebuah blog yang menarik.

        Saya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan blog ini kerana saya perlu belajar dahulu teknik menghasilkan blog. Tambahan pula, laptop saya mempunyai sedikit masalah dan banyak kekangan yang saya hadapi semasa membuat tugasan blog ini. Tetapi syukur Alhamdulillah segala masalah dapat saya hadapi dan tugasan ini dapat saya selesaikan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Pn. Azizah. Tugasan blog ini telah memberi saya kesempatan untuk mempelajari cara menghasilkan blog yang menarik. Saya berasa amat seronok sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Walaupun ini adalah tugasan individu, kami sekelas telah banyak memberi idea. Selain itu, saya amat berpuas hati dengan hasil kerja saya dengan adanya pelbagai pihak yang memberikan sokongan padu agar tugasan yang diberikan dapat dihantar pada tempoh masa yang telah ditetapkan.

        Saya bersyukur dan berasa senang hati kerana rakan-rakan yang saya kenali di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu ini amat baik hati kerana mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada kami berempat sebagai pelajar second intake. Banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi daripada mereka. Dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan dapat juga saya selesaikan tugasan ini dengan baik. Walaupun banyak pengalaman pahit dan manis yang saya perolehi semasa menyediakan segala tugasan namun saya berasa puas hati kerana segala tugasan yang diberikan dapat saya selesaikan dengan sempurna. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa kea lam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran.

     Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment