ASSALAMUALAIKUM WELCOME TO MY BLOG :-)

Tuesday 23 September 2014

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka


Logo lama

Logo IPGKPM membawa pengertian yang berikut: Bintang berbucu lima melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga rukun negara

     Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dan asalnya dahulu dikenali sebagai Malay Women's Training College (MWTC) ialah sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Institut ini dianggap unik, dalam erti kata institut ini satu-satunya pusat latihan perguruan yang melatih bakal guru-guru perempuan, berbangsa Melayu dan beragama Islam.


      Sejarah institut ini bermula pada 1934 apabila Kerajaan Negeri Selat mencetuskan idea penubuhan MWTC. MWTC telah direncanakan bagi melahirkan guru-guru wanita Melayu untuk mengajar di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Pada 31 Januari 1935, penubuhan MWTC diisytiharkan, setelah dilakukan pengubahsuaian blok-blok bangunan lama Hospital Melaka.

     Terletak di lokasi seluas 38.9 hektar, institut yang berada dalam lingkungan pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, kini terus berkembang, sejajar dengan perkembangan prasarana yang berlaku di sekelilingnya. Gabungan bangunan lama, yang masih digunakan sehingga kini, dengan bangunan baru, menjadikan IPG Kampus Perempuan Melayu begitu unik kepada warganya.

      IPGKPM kini sudah melangkah ke era globalisasi dengan pelancaran Laman IPGKPM, yang disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Guru, Tuan Haji Sa'ari Hassan pada 28 Jun 1997. Pelan Strategik IPGKM (2005 – 2009) sedang giat dilaksanakan bagi mencapai ISO 9002, seterusnya menuju ke arah merealisasikan konsep "Institut Bestari". Terkini, IPGKPM sedang giat melaksanakan program integrasi teknologi maklumat (TM) dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.    

     IPGKPM berazam untuk terus berjuang ke arah penghayatan dan pembinaan semangat keintelektualan dan profesionalisme pendidikan perguruan berlandaskan FPK sesuai dengan ajaran Islam dan Kebudayaan Melayu. Visi IPGKPM ialah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan guru menjelang 2010. Melengkapkan dan menggunakan sumber dan kepakaran secara optimum untuk melahirkan guru yang berkemahiran masa kini dan masa akan datang. IPGKPM mengutamakan pemantapan iman, penguasaan dan penghayatan ilmu, kebijaksanaan berfikir dan kecekapan bertindak ke arah pembentukan jati diri insan guru yang berintegriti.

 

No comments:

Post a Comment