ASSALAMUALAIKUM WELCOME TO MY BLOG :-)

Wednesday 24 September 2014

Kolaborasi


         KOLABORASI ANTARA PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI TERHADAP KHIDMAT SOKONGAN


      Berdasarkan dua artikel yang saya telah baca tentang khidmat sokongan, khidmat sokongan ialah perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook & Friend, 1991-an). Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.. Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi khas, guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa.Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan guru-guru biasa, ibu bapa, murid dan agensi khidmat masyarakat.Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990-an.
  
2.1  Peranan Individu
 
     Individu daripada kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi dalam penaksiran murid-murid khas yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga dalam menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas (Reynolds & Elaine 1990). Menurut Terry Overton (1992), kumpulan pelbagai disiplin adalah satu kumpulan yang berfungsi untuk mengenalpasti masalah murid bagi memastikan keberkesanan program pendidikan tersebut. Justeru itu, mereka bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid ini mendapat penempatan yang adil dan sesuai mengikut tahap kecacatan, keperluan, minat, emosi dan latar belakang mereka.

2.2  Peranan Pihak Professional      

Murid khas ini dalam hal-hal berkaitan penempatan, saringan, rawatan, latihan dan sebagainya. Peranan professional seperti doktor turut mempengaruhi perkembangan pendidikan dan juga sosial murid-murid khas. Penaksiran klinikal yang dijalankan dari masa ke semasa serta khidmat nasihat daripada professional dapat membantu perkembangan fizikal murid-murid khas.

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid-murid khas dapat dikurangkan sekiranya wujud kerjasama daripada pelbagai pihak. Khidmat sokongan ini dapat membantu ibu bapa dan guru-guru khas dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang penuh bermakna, sesuai dan menyeronokkan. Kajian yang dijalankan oleh Knoblock (1987) pula mendapati bahawa khidmat sokongan yang patut ada di sesebuah sekolah bukan hanya dari segi fizikal sahaja tetapi juga khidmat sokongan yang berbentuk pengajaran. Menurut Strikland & Tumbull (1990), Perkhidmatan sokongan yang disumbangkan dapat diperolehi daripada penubuhan pasukan pelbagai disiplin (multi-disciplinary team) yang terdiri daripada kumpulan profesionaldan pasukan sokongan.


2.3  Peranan Guru

Guru di kelas biasa turut memainkan peranan penting dengan membantu mengenal pasti murid dengan masalah pembelajaran agar mereka tidak terus ketinggalan. Dr. Aminah Bee (2000), menggariskan peranan pihak sekolah/guru dari segi mengenalpasti murid iaitu guru kelas biasa perlu peka apabila kanak-kanak kurang memberi tumpuan/perhatian ataupun kurang cekap dalam pelajaran. Guru kelas biasa perlu sedar terdapat di kalangan kanak-kanak normal yang mempunyai masalah pembelajaran dan jangan meletakkan label ‘malas’ ataupun ‘bodoh’ kepada murid. Guru kelas biasa perlu merujuk kes yang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan dalam pendidikan khas (jika ada) kerana guru ini dapat mengenalpasti secara kasar masalah yang dihadapi oleh murid. Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan di tahun satu perlu disaring bagi mengenalpasti masalah pembelajaran spesifik. Merujuk kanak-kanak kepada pasukan kesihatan sekolah ataupun klinik kesihatan yang berdekatan bagi pemeriksaan lebih terperinci. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan keperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. 

Corak perkembangan murid tipikal dan strategi pengajaran bagi murid-murid berasaskan pengetahuan perkembangan boleh diaplikasikan terhadap murid dengan keperluan khas. Guru perlu mendapatkan semua sumber maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu bapa, doktor, perpustakaan dan persatuan bagi membantu murid berkenaan. Rancangan sekolah selalunya dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan cerdik. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan serta kekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran. Dalam situasi sekolah seperti ini, kanak-kanak ini merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya jika diarah supaya percaya dia tidak akan berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, seorang guru perlu tahu muridnya sendiri, sifatnya, keperluannya serta latar belakangnya. Guru perlu mempertimbangkan bagaimana membantu muridnya menangani situasi yang dihadapinya, merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses pembelajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajarinya.

2.4  Peranan Ibu bapa

Menurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak berkeperluan khas adalah perlu kerana golonmgan ibu bapa adalah memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas bertugas secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan.

 Ibu bapa mempunyai peranan tersendiri dalam memenuhi kehendak kanak-kanak berkeperluan khas.Atara peranan jelas yang dapat dimainkan oleh mereka ialah menjadi pendorong kepada anak-anak.Ada kanak-kanak istimewa mempunyai minat yang tertentu.Minat inilah yang perlu didorongg oleh ibu bapa ke peringkat yang termampu oleh kanak-kanak itu.Kalau seseorang kanak-kanak menunjukkan bukti mempunyai darjah minat yang tinggi iaitu bakat dalam sesuatu bidang tertentu, maka sesuai kalau dianggap latihan yang bertujuan khas bagi perkembangan bakat itu menghasilkan pencapaian yang tinggi dan kejayaan berikutan dengannya, ttanpa sebarang halangan.
         Selain itu, ibu bapa sebagai pemberi maklumat. Antara strategi yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak ini adalah memberi mereka maklumat yang cukup mengenai orang lain supaya ditiru. Kajian Bandura (1971) merumuskan hanya dengan melihat orang lain terutama yang lebih tua ianya dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Ibu bapa memang dapat dijadikan sebagai model utama dalam pemupukan minat dan pencapaian kanak-kanak istimewa.Ini memang salah satu fungsi ibu bapa di rumah.Ibu bapa mungkin menjadi model tingkah laku kepada anak-anaknya dan dengan itu menyediakan mereka buat dan apakah peribadi yang patut ditonjolkan.

Ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Antara tindakan di rumah yang perlu diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas adalah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga.Keluarga yang bahagia adalah syurga bagi anak-anak.Oleh itu, sebaik-baiknya kita mencipta kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga bagi mewujudkan situasi yang sihat pada diri anak kita.Ibu bapa yang penyayang mewujudkan suasana yang mesra dan penuh kasih sayang.Namun, sikap mesra itu perlu ada hadnya.Bataskan garis-garis tertentu supaya dia dapat dikawal dan tidak melampaui batas.Melenttur bbuluh biarlah dari rebungnya.Memberi didikan agama sebaiuk.baiknya bermula sejak kecil lagi.Agama dapat membantu anak anda melakukan perkara yang baik dan mengelakkan perkara yang tidak baik.Konsep ini perlu diterangkan pada anak anda sejak kecil supaya dia mengerti dalam kehidupan ini, ada panduan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh setiap manusia.Ibu bapa memainkan peranan penting membantu anak menyesuaikan diri dengan masalah yang mereka hadapi.Anak-anak istimewa ini memerlukan empati, sokongan dan galakan dalam menangani penyesuaian sosial dan emosi.Ibbu bapa tidak perlu mengawal anak dengan berlebih-lebihan dan memandang rendah kebolehannya.

No comments:

Post a Comment